Welcome To Whazzup-Girls Blog ! Do Follow :) Thank You
Whazzup-Girls ! : November 2013

Saturday 23 November 2013

#TUTORIAL 4 : Cara Menggunakan "CTRL + F"

Assalamualaikum semua !
Dan Selamat Sejahtera :D

      Hari ini aku rasa ada sedikit keRAJINan dalam diri aku ini . So , aku nak buat Tuto banyak-banyak! In Shaa Allah :) Untuk tuto kali ini , aku nak terangkan dekat korang macam mana nak gunakan "CTRL + F" . Errr , Button CTRL ini memang Famous kan? Nak buat apa-apa mesti kena tekan dia. Hahaha.

    Errrmmm , CTRL + F ini sangat membantu Para Blogger untuk mencari Code yang tersembunyi itu . Kalau korang nak cari Code dekat Edit HTML itu , cuba korang tekan CTRL + F mesti akan keluar satu kotak untuk kita tulis apa benda yang kita cari itu . Faham tak ni? Errr, kalau tak faham tengok gambar dekat bawah ..


Haa, ini lah dia :) Bila ada benda itu , senanglah korang nak cari mana-mana code yang tersembunyi itu :D
Tapi , aku nak remind korang :

Kalau nak cari CODE , korang kena klik dulu dekat mana-mana code tuh , baru tekan CTRL + F . Sebab , kalau korang tak klik dulu dekat mana-mana code tuh , nanti dia keluar kotak dekat atas belah kanan korang punya page tuh . 
Kalau tak tahu , tengok ini ...


Kalau keluar macam dekat atas , dia akan search perkataan yang korang cari dekat page itu sahaja . Bukannya dekat dalam kotak Code itu . So , klik dulu mana-mana code ye? hehe. 

         Selain daripada CTRL + F , korang juga boleh tekan F3 . Lagi senang kan daripada nak tekan CTRL + F ? :) Tapi , itu ikut suka korang lah ye? Kadang-kadang kalau orang itu dah biasa tekan CTRL + F , dia tekan saja walaupun lagi senang tekan F3 , macam aku :3 hahaha. 

Ini saja lah penerangan aku pasal CTRL + F dengan F3 ni .. Hope korang faham dan aku harap Tutor ini sangat membantu untuk korang :) Bye! :D



                                             

#TUTORIAL 3 : Cara Menggunakan "CTRL + C"



      Assalamualaikum and Hye all! Apa khabar korang semua? Hehe. Sihat ke tak? Aku? Alhamdulillah , aku sihat walafiat saja kat umah nie .. :D Today , aku nak ajar and terangkan dekat korang Penggunaan "CTRL + C" . Actually , If korang highlight sesuatu perkataan itu pastu korang tekan " CTRL + C" pula , maka perkataan yang korang highlight tadi itu telah diCOPY . Maksudnya , "CTRL + C " itu adalah untuk Copy sesuatu perkataan . 

           Aku nak remind korang ye? Dekat blog aku ini aku dah buat Disable Right Click .. So , if korang nak copy mana-mana Code dekat blog aku ini , tolong tekan "CTRL + F' , 0kay? Faham ke? 

0kay , itu sahaja penerangan aku tentang "CTRL + C" ini . So , mudah saja kan nak copy code dekat blog aku ni? Thanks! Bye :*

Bosan Tahap Gaban ! :O

Assalamualaikum semua :)
*Alhamdulillah , mood dah ok*

   Sekarang ini mood aku dah ok! Yeah! :D Actually , masalah banner aku tak settle lagi . Tapi , bila aku BlogWalking ... Aku tengok blog-blog lain pun letak banner diaorang dekat sidebar tapi tak ada Code. So, apa lagi . Aku pun ikutlah blog itu .. Thanks lah yea? hehehe.

   Err, sebenarnya .. Aku bosan tahap gaban dah ni tau tak? Korang tengoklah tajuk aku . Hahaha >_< Antara "Bosan Gila" dengan "Bosan Tahap Gaban" ini lain tahu tak? Bosan tahap gaban lagi bosan dari Bosan gila . Haaa. Faham tak ni? Maknanya , Bosan Tahap Gaban ni lagi teruk dari Bosan Gila termasuklah dengan Bosan Nak Mampus :P haha.

    Alhamdulillah :) Nasib baik lah aku ditemukan jodoh dengan BLOG :3 haha. Sekurang-kurang nya , ada jugak lah peneman aku masa aku tengah bosan macam ni :) Sebab itu la , aku selalu nampak blogger-blogger lain gelarkan blog diaorang yang tercinta itu sebagai "DIARY ONLINE" diaorang . Aku pun gelarkan Blog kesayangan aku sebagai Diary Online aku jugak .

   Sekurang-kurangnya , Blog nie lagi best daripada Buku Diary kita ni , betul tak? Kalau buku diary tuh penat nak kena tulis . Kalau taip ni tak ada lah penat sangat. Best ada lahh ! :D hehehe. Aku kalau bosan-bosan mesti mengadap Blog . But , aku rasa korang pun sama kan? Hahaha. Jangan tipu lah . Ingat aku tak tahu? Aku ni CSI tahu tak? Aku tahu semua rahsia korang. Haha *Tipu lebih* .

   Aku rasa cerita aku ni dah boleh buat karangan BM dah. Confirm "A" nie! hahaha. Okay , ini lah sedikit sebanyak pengalaman aku bila dah bergelar "BLOGGER" . Selalunya lah kan , pengalaman blogger-blogger nie lebih kurang sama saja kan? Bila bosan , mengadap BLOG . Edit blog .. Itu saja lah kerja Para Blogger Sekalian :3 Muahahahaha .

  Ini saja kot , buat masa ni :) Ada masa nanti , aku Update lagi ye? hehe. Bye korang! Love You Alls! Sweet dream tau! Jangan lupa mimpi aku :D haha. Bye! :*

#TUTORIAL 2 : Letak Menu Tab Bawah Header

      Hai korang! Okay, hari ini memang aku tengah rajin .... So, aku akan buat seberapa banyak Tutor untuk korang selagi termampu :) Err, untuk Tutor kali ini aku nak ajar macam mana nak letak Menu Tab di bawah header korang yang Cun tuh... ;) Tahu tak Menu Tab tuh apa? Kalau tak tahu , tengok gambar di bawah.


        Haa.. Ini lah dia Menu Tab . Nampak tak yang Menu Tab tuh dekat bawah header ? Menu tab itu macam button untuk pergi ke Page korang. Korang boleh buat HOME , ABOUT ME , TUTOR dan ORDER HERE . Tapi , selalunya orang akan buat HOME dan TUTORIAL sahaja. Tapi , itu ikut suka korang lah ye ? Siapa yang nak tapi tak tahu nak buat macam mana , boleh tempah kat aku . Satu button RM3 sahaja . Bayaran secara TOPUP :) *Promote kejap* Tapi , aku buat bentuk Square sahaja ye? 

Okay , sekarang aku nak ajar korang. :)

1. Dashboard > Layout > Add A Gadget > HTML/JavaScript


Pastikan korang klik Add A Gadget di bawah Header . 

2. Copy Code di bawah dan Pastekan di HTML/JavaScript
<center><a href="URL BLOG KORANG" target="_blank"><img style="width: 142px; height: 51px;" src="URL MENU TAB" border="0" /></a>
Gantikan "URL BLOG KORANG" dengan Url Blog korang lah . Then , gantikan "URL MENU TAB" dengan URL Menu Tab korang .

3. Klik SAVE ! :)

      Senang saja kan? Aku harap korang buat jadi lah ye? Kalau tak jadi , komen dekat bawah ataupun boleh IM aku dekat Facebook . Thanks! Bye. Sayang korang :*
    






Waaa... Banner Masalah , Banner Masalah !! :(

Ermmm , Assalamualaikum semua :(
*Sorry tak dak mood*

     Tahu tak pasal apa aku gila-gila tak ada mood ? Siapa yang dah tahu tuh baguslah , buat yang tak tahu lagi tuh ... Sorry to say , hampa memang lembab . :3 Errrr, untuk pengetahuan korang , lain kali nak baca sesuatu entry tuh , baca Post Title dulu yea , Adik atau Kakak atau Abang ? -_- hakhakhak . Err, harap ada Oldbie Blogger yang baca Entry ni.. :( Just nak tanya , why Code Banner tak muncul pun ? Dah edit banyak kali dekat HTML/JavaScript tuh ha . Lepas tekan "SAVE" , dia hilang balik . --' Ghaib betul . Tengok ni ,

( Ni la masalahnya .. )

Haa, tahu dah kan apa masalahnya? Aku ulang balik ayat aku yang atas tadi tuh , " Dah edit banyak kali dekat HTML/JavaScript tuh ha . Lepas tekan "SAVE" , dia hilang balik . " Tuh lah masalahnya , seolah-olah Blog nie tak terima Code tuh . Errr, aku dah penat-penat buat banner yang Cun Meletops gitu , dia tak ada code pulak dah . Haishh , cari pasal kan?? Haha . Sengaja jer Blog nie (Cehh , sengaja konon .. Entah-entah Blog aku ni problem ) . So , aku harap ada lah Oldbie Blogger ke Blogger Oldbie pun aku tak tahu , yang sudi baca Entry aku yang tak seberapa ni :')

Thanks All! Bagi kiss sikit! Muahhh! :* hehe ... Bye! :)

Thursday 21 November 2013

#Tutorial 1 : Edit HTML Yang Baru

                                            Assalamualaikum All ! :) *Jawab yea? *

     0kay! Today , aku ada sedikit keRAJINan nak buat Tuto untuk korang :D ( Sikit je tak banyak pon :P ) haha. Without wasting any time (Cehh, speaking pulak ) , kita teruskan aje la yea? Jap2 ! Korang tahu ke apa benda tuh "EDIT HTML" ?? Maybe, ramai yang dah tahu. Tapi , untuk korang yang tak tahu tuh .. Mehh sini dekat-dekat . Aku nak memperkenalkan dekat korang apa itu "EDIT HTML" . Tapi , aku rasa ada jugak orang panggil dia HTML CODE . Ahhh! Sama aje la dua-dua pon :P Ni dia ..

*Pinjam dari Akak Miraa Hussin :) *

Jadi , untuk yang tak kenal tadi tuh ... Dah kenal belum? Btw, sorry lah tak dapat guna picture sendiri coz ada problem sikit kat laptop nie. Terpaksa pinjam dari Akak Miraa . Rasanya, semua orang kenal kot Akak nie sebab dia memang Famous termasuk sekali Blog-Blog dia sekali Famous. Siapa yang tak kenal Akak Cute tuh klik ni , Akak Miraa Hussin :) Oppss! Terlari tajuk pulokk :P So, semua dah kenal , right? 0key! Straight to the point! :) 

Actually , aku pun macam kekok sikit bila nak guna EDIT HTML yang baru ni . Haishh, aku ingatkan Facebook aje yang dah New Interface . Rupa-rupa nya , BLOG pon sama. Ini kes jealous ke apa nie? --' Serious! Masa aku baru first time nak guna benda alah ni . Macam nak give up aje , tahu tak?? Lastly, lepas aku dah usaha, usaha dan usaha. Yeahh! Akhirnya , aku berjaya jugak! Alhamdulillah :) Kita teruskan. 

If korang perasan lah kan . Dekat sebelah CODE-CODE yang belambak-lambak tuh . Ada banyak anak-anak panah warna Hitam . Ada perasan tak?? Kalau tak, tengok gambar dekat atas. Ada anak panah warna hitam tuh , kan? 0key! Sebenarnya, kalau korang tekan anak panah tuh , ada lagi CODE yang tersembunyi . So, kalau kita tak tekan .. Maybe , agak susah untuk kita nak cari CODE sebab CODE yang korang cari tuh tak akan muncul kalau benda tuh tersembunyi dekat anak panah hitam tuh . 

So, aku nak bagi TIPS sikit la untuk korang macam mana nak hilangkan anak panah hitam tuh sekelip mata! Wow, macam menarik kan? Maksudnya, kalau hilang ana panah korang tuh , semua CODE yang tersembunyi akan muncul laa!! Best nya! :D Jom , aku nak ajar korang ! Simple aje sebenarnya ...

Korang just klik dekat mana-mana tempat dekat CODE tuh (faham ke nie? ) . Pastu , tekan :

1. CTRL A : Untuk Highlight semua CODE dalam tuh . 
2. CTRL X : Untuk Cut semua CODE.
3. CTRL V : Untuk Paste balik semua CODE yang telah di Cut.

So, easy kan?? Lepas korang ikut STEP kat atas , Aku sure gila semua anak panah hilang. Sebab , aku pun guna STEP kat atas :) 

This only for today , guys! Thanks ! Aku harap Tuto nie sangat berguna untuk korang kalau nak cari mana-mana CODE yang tersembunyi dia sebalik Encik Anak Panah tuh xD . Kahkahkah. 

Blog Aku Dah Berwajah Baru! :D

Assalamualaikum U'olsss! Haa! Hari ni aku EXCITED tahap gaban gila sebab aku dah berjaya mengubah MUKA BLOG aku! Haha. Ayat tak boleh bla. :P Aku rasa macam blog aku sekarang dah terlebih CERIA berbanding dulu . Agaknya, dari segi apa erk? Haa, aku rasa aku dah tahu jawapannya apa! :D Mesti dari segi WARNA! Tema untuk kali ni ialah RAINBOW . Korang tengoklah , Background aku RAINBOW . Alhamdulillah , aku dah tahu sedikit sebanyak pasal blog nie :) Hehe. Actually , aku tak tahu nak cakap pasal apa . Yang aku tahu BLOG aku tak berubah! Yeahh! *TEPUK TANGAN* Hakhakhak. Sampai sini aje la coretan aku. Sampai waktu , aku buat entry yang lagi BEST ye?? :D In Shaa Allah . Thanks All ! Bye! Assalamualaikum :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ 2013 Nur Farihah , All Right Reserved.